BAHASA MELAYU (PENULISAN)
LAWATAN KE TEMPAT-TEMPAT MENARIK DIMALAYSIA
Keunikan Batu Gajah Perak
Muzium Pelancongan Bijih Timah (Kapal Korek) |
Kapal Korek Bijih Timah
Lebih kurang
4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih
dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang
berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang
terletak di dalam pentadbiran Daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak.
Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar
yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh
Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.
Tanjung
Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah
lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar. Antara syarikat-syarikat
antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung
Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern
Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas
Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan
terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia. Sekitar
tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.
Pada masa
sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang
masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini
adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan.
Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda
boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa
sekatan.
|
Kellie’s
Castle |
Sejarah
Kellie’s Castle
Pada awal
tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar
Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang
Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling
terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
William
Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut
Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun.
Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor
di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang
getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas
Dredging Company.
Di zaman
kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar
dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula
dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk
sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang
mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan
dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina
sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah
disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu
menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di
seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.
Apabila
Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke
Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang
dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina
sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak
tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau
mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah
kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu
terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut
terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan
topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas
hingga ke hari ini.
Walau
bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila
Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika
berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti
bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu
tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini. Istana ini dibuka kepada kunjungan awam
dari jam 8.30 pagi - 7.00 petang (setiap hari). Untuk maklumat lanjut sila
hubungi:
No. Tel. :
05-366 8198
No. Faks :
05-366 8199
Bayaran
masuk :
** Dewasa -
RM 3.00
**
Kanak-kanak (Atas 12 tahun) - RM 2.00
**
Kanak-kanak (Bawah 12 tahun) - RM 1.00
** Pelajar -
RM 2.00 (Pada hari biasa sahaja)
|
Galeri
Mahkamah (Muzium Batu Gajah)
Galeri ini
terletak bersebelahan Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta, Batu Gajah. Ia telah
dibaikpulih dan dikekalkan sebagai Galeri Mahkamah ataupun Muzium. Bangunan ini
telah dibina pada tahun 1892.
Istana Raja
Bilah
Istana ini terletak di
kawasan Papan.
Taman Herba
Papan
Kawasan
Perkelahan Papan
Kawasan
perkelahan ini terletak di Papan iaitu jalan untuk menuju ke Taman Herba Papan.
Suasananya yang nyaman dan menyejukkan amat sesuai untuk berkelah bersama
keluarga dan rakan-rakan. Perjalanan yang selesa ke kawasan tersebut memudahkan
pengunjung untuk datang ke situ.
Taman Alam
Kinta (Taman Burung)
Taman ini terletak di Kampung
Pisang, Batu Gajah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan