Bahan Sumber Pembelajaran Bahasa Melayu
Keindahan Terangganu
Negeri Cantik, Budaya Menarik
Pulau Redang adalah di antara 10 pulau yang
terindah di dunia.Terletak kira-kira 45km dari pinggir pantai Kuala
Terengganu. Untuk sampai ke Pulau Redang, pengunjung perlu menaiki bot dari jeti
Merang atau jeti Kuala Terengganu. Perjalanan akan mengambil masa selama 1 jam
dari jeti Kuala Terengganu dan 50 minit dari jeti Merang.Pulau Redang memang
terkenal dengan kecantikan batu karangnya.Bila matahari bersinar memancarkan
cahaya menembusi air laut, kelihatan jelas terumbu karang yang beraneka jenis
dan ikan -ikan yang berwarna-warni. Bagi yang gemarkan aktiviti menyelam atau
skuba, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk mempraktikkannya.Antara
aktiviti lain yang di tawarkan di sini ialah berenang, menyelam, snokel, menaiki
keno dan menaiki bot. Oelh kerana Pulau Redang telah di wartakan sebagai taman
laut, aktiviti memancing tidak dibenarkan di sini sejauh 3.2km.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan