REFLEKSI TUGASAN
BMM 3105 : PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER
Saya
telah diberi tugasan kerja kursus pendek BMM 3105 secara individu yang
bertajuk
.Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer.
Secara
kasarnya, saya melihat tajuk yang diberikan begitu rumit dan sukar
untuk
difahami. Pada pandangan saya untuk menjadi seorang blogger
memerlukan kepakaran
yang tinggi dalam menguasai ilmu IT. Sebelum ini saya
memang sifar pengetahuan
untuk membina blog sendiri, namun, selepas
saya menerima tunjuk
ajar dari pensyarah pembimbing saya mula menguasai
kemahiran secara berperingkat
untuk membina blog.
Saya
mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini bermula pada taklimat
tugasan
yang diberikan oleh En. Bukahri bin Shafie. Saya telah merangka langkah
kerja
yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama rakan cuba mencari bahan-bahan
rujukan
untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut
saya
telah mengunjungi Perpustakaan Desa dan saya juga berjaya mendapatkan
beberapa
buah buku rujukan berkenaan Teknologi Maklumat.. Namun, setelah
sayaselesai
membuat draf pertama , baru saya sedar bahawa kerja yang saya
lakukan hanyalah
sia-sia sahaja kerana saya tidak merujuk sepenuhnya nota
dan bahan rujukan
yang diberi oleh pensyarah pembimbing melalui emel
secara berkala.
Namun,
saya dan rakan-rakan yang lain tidak pernah
berputus asa walaupun
telah bersusah
payah selama beberapa hari. Sekali lagi
saya merujuk kepada
panduan yang
diberikan penyarah pembimbing melalui tutorial yang keduadan
ketiga untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas mengenai tugasan ini. Kali
ini saya melakukan tugasan ini dengan berhati-hati dan lebih terperinci supaya
tidak banyak kesilapan yang saya lakukan..
Saya juga mengalami kesukaran untuk memahami
rekabentuk dan susun atur
bahan-bahan
didalam blog. Setakat ini saya masih belum mampu untuk membuat
rekabentuk
blog yang menarik seperti blogger yang lain. Saya membuat beberapa
rujukan
melalui tutorial didalam youtube bagaimana membina blog. Tidak banyak
yang
saya fahami namun itu sudah cukup membantu saya bagaimana membuat
penambahbaikkan dan bagaimana membina blog sendiri. Rakan-rakan guru
disekolah juga
turut membantu untuk menyiapkan tugasan membina blog ini.
Saya
juga mengalami masalah untuk mencari bahan-bahan pengajaran yang
bersesuaian
untuk dimuatkan didalam blog ini. Saya cuba mencari dan
meninjau contoh-contoh
yang bersesuaian dari blogger lain dan mula memahami
sedikit demi sedikit
bahan-bahan yang berkaitan yang perlu dimasukkan kedalam
blog saya.
Saya
masih belum menyiapkan sepenuhnya tugasan yang diberikan, namun saya
berharap
agar tugasan ini dapat disiapkan mengikut jangka masa yang telah
ditetapkan.
Akhir sekali saya mengucapkan berbanyak ucapan terima kasih
kepada pensyarah
pembimbing, rakan-rakan sekuliah, serta rakan-rakan guru
disekolah yang
turut serta bagi menjayakan tugasan yang telah diberikan.
Setelah melalui berbagai kesukaran untuk membina bolg ini, saya dapat juga menyiapkannya
walau masih banyak catatan yang saya perlu beri perhatian terutamanya dari segi rekabentuk,
dan susun atur. Saya juga berharap agar kemahiran kecil yang telah saya kuasai ini akan
dapat diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa kesemasa.
Akhir sekali saya mengucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing, rakan-rakan sekuliah, serta rakan-rakan guru disekolah yang turut serta bagi
menjayakan tugasan yang telah diberikan.
Setelah melalui berbagai kesukaran untuk membina bolg ini, saya dapat juga menyiapkannya
walau masih banyak catatan yang saya perlu beri perhatian terutamanya dari segi rekabentuk,
dan susun atur. Saya juga berharap agar kemahiran kecil yang telah saya kuasai ini akan
dapat diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa kesemasa.
Akhir sekali saya mengucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing, rakan-rakan sekuliah, serta rakan-rakan guru disekolah yang turut serta bagi
menjayakan tugasan yang telah diberikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan